Kenapa Wujudnya Panas Baran..

marah..marah..marah..marah..!
tiap2 hari  rase nak marah orang je kan?..*eh tak..aku tak pun..ngeee
setiap orang ade perasaan nak marah kan..but berapa kerap korang marah??..
ape beza marah and panas baran??berkaitan kan??

yup, it does have connection but marah bila perlu, panas baran pula marah yang tak menentu tanpa semena2 je nak tengking2 kan.padahal benda kecik pun nak naik angin.
sebagai contoh, aku termakan sebutir nasik si Abu, pastu habis satu kedai makan Cik Kiah dengar dia marah kat aku.
aku banyak kali terfikir, kenapa orang boleh jadik panas baran ek?..let's go and check check it out..!

1. Apa yang dia nak, selalunya tak dapat..
mintak itu tak dapat, mintak ini tak dapat. tapi bila orang lain, dapat pulak. macam mane tu?.walaupun pada awalnya orang ni boleh bersabar, lama2 dia jadi eager sangat2 nak dapat benda tu, tak dapat, mula la memberontak dengan hati dia sendiri..

2. Pemendam
dah pendam tu senyap2 dah la kan?.sape suruh tak share. nak pendam sorang2 pastu yang terkene nya orang lain. hah memang padanla. marah kat sepupu tapi adik yang kene. yang si adik lak, bila selalu kene marah, tension la dia, bila dia tension maka dia pun nanti akan ade kemungkinan untuk jadi seorang yang spicy. bukan hot ye..lol..

3. Ego
ade ape dengan ego ni.lembutkan je lah hati tu. salah tetap salah. bila kita betul2 tak tahu, jangan buat2 tahu. pastu bila benda yang buat2 tahu tadi tu salah, mula la nak menyalahkan orang lain lak. menegakkan benang yang basah lagi..

4. Dah selalu kene marah..
cam yang aku cakap kat atas tadi. bila dah selalu kene marah, sape tak tension beb. lagipun bile orang yang terkene tempias si pemarah ni and sampai satu tahap dah capai limit kesabaran dia, meletupla wei. sape suke kene marah2 kan. dengan parents kene, adik beradik kene, dengan gf/bf kene, dengan husband/wife pun kene..adoi~

5. Selfish
ahaaa...yes2~..ko rase ko sorang je yang betul. dan ko rase ko la paling banyak berjasa sekalik. akan tetapi, bile orang Terlupa sikit dekat ko, mula la api syaitan membara2 dalam jiwa ko.
 
6. Dikelilingi orang2 yang ala2 bajet dia paling "hebat" sekali..
hahahaha. tolonglah. ini memang patut dijauhi ok. setakat hebat kat dunia, dengan keganasan, akhirat camne beb?~..

7. Citer2 aksi terlampau
filem milem sekarang kan banyak action yang powerful. tengking orang sane sini. bajet hebat jugak ni. ni la akibatnya kalau terpengaruh dengan citer2 ni. budak2 kecik la bese mengikut ni. sampaikan cakap orang tua pun dia leh lawan balik.isk3

8. Genetic Inheritance
ok masuk bab BIO sikit.muahahaha.kalau dah mak bapak nye camtu.mane tak tumpahnye kalau tak ke nasik, mee hun, mee dan kuew tiau.lol.

perlu ke menjadi seorang yang panas baran which means yang suke tuduh melulu, naik angin tak tentu pasal tanpa check it out dulu.can't we just live in peacefully and harmony.just get easy with ur life.u won't regret it.

Comments

Popular Posts