Laksa Johor cooked by Orang Pahang

Assalamualaikum wbt and evening peeps..

so untuk hari ini aku masak laksa johor.orang pahang masak laksa johor.hahahaha.ala tak kisah orang mana masakan negeri mana, makanan tu masuk perut jadi "toksik" jugak kan~..lol

asalnya memang nak buat laksa johor minggu ni but kena masuk lab buat fyp.suddenly my housemate tuntut2 laksa johorkan, haaa hamik masak je la hari ni.tangguh2 nanti memang takkan masak punya la.

pergi beli ikan tenggiri, serai sume, amboossshhh dapur pak tijah.
hari ni aku masak sambil ditemani siput ni.=.="..forever alone~
nama siput ni aku bagi Bluehippo..tapi tu badakkan??..=.="""""

hey at least aku ada siput.kau ada?!.LOL
ketung ketang ketung ketang aku kat dapur.bahan nya tak dek la banyak sangat pun.yang common2 je.bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, santan, ikan tenggiri, kerisik.udah le tu..
yang kacang panjang, timun, sambal, fish cake, tu sume buat ulam je.aih orang melayu tak dek ulam, tak syiok le.heeeeee.

bahan-bahannya adalah _ _ _ _ _ _~

yang bahan2 tu sume kisar.memang bising la dapur tuh.bunyi macam2 muzik, siap menari2 lagi kat dapur.lol.
pastu campak2 sume bahan tu BOMMMMMMM!jadila ia.hahahaha.
ada lagi, jangan lupa rempah kari.
kira kuah laksa ni macam gulai lemak gitu ler.

dah meletup2 tu nak masak la da tu~


bila dah masak..weeewiittttt
haa tapi satu yang aku tak paham, dia panggil laksa johor, tapi makan dengan spaghetti..O.O
alifortanto mamimia entes to spaghetti..

patut makan dengan laksa la kan.tapi macam tak kena lak kuah ni makan dengan mee putih besar tuh.maybe sebab kuah dia guna ikan kot.sebab tu panggil laksa.*firasat i ler..lol

then after shake shake it up..jom makan!

DONE!

MAKAN!
ulam tak cukup.sobs~pergi cari lobak asin, tak dek.timun terlupa beli.taugeh dh habis.hah ni je la.sambal, cili besar lak lupa nak beli.aiyak~tak pe.janji, perut kenyang, hati senang, tidur terbongkang.

AIP!!!!MANA BOLEH TIDUR!!
pergi pulak masuk rumah kedua aku.lab histologi.pergi buat ape??
menyiapkan aku punya FYP.kan aku dah cakap.selagi tak grad, tak habis sem 6 tu, tak habis lagila FYP aku dengan daun2 mangga tu ha.sedar tak sedar, duk dekat lab sampai pukul 7pm.
eleh baru 7pm.lol
Lab Histology!
nak teruskan lagi, rasa macam dah letih.yela, letih masak untuk suami, anak2.eh eh.melampau2 pulak~
tak boleh2.malam, spend masa untuk benda lain.so kita rehat dulu.

Promote..hahahhah

Comments

Popular Posts