12 March 2013

Kembara Ilmu 2013 di Peghujung

May Allah Bless Us

assalamualaikum wbt and haip haip haip hiyaaaaaaaaa..

ahaa, lama rasanya i tak update blog.been busy.oh tak ade alasan lain lagi yang aku nak kasi melainkan busy.
busy program, fyp yang tak terkejar.


well well well..recently Gabungan Mahasiswa Biologi BIOSIS ada menganjurkan program Kembara Ilmu.Sains dari perspektif Islam dan Al-quran.
ye, gue sangat2 busy kerana program tersebut.tidak terkejar menjadi AJK.AJK apakah aku??
diletakkan di bawah tugas-tugas khas.dan memang khas la tugas aku.multi purpose.hahaha

dari nak melaksanakan program ni sampai lah terlaksananya ia, aku sentiasa rasa adakah aku telah menjadi AJK yang membuat kerja ataupun tidak terutama di bahagian sumbangan. sebab aku rasa budak2 lain banyak berusaha dan buat kerja daripada aku.kesian dyorang pergi sana sini untuk mencari sumbangan dan aku hanya boleh mengaturkan sahaja perancangan sumbangan.alhamdulillah ditolong oleh MT2 sendiri.

sepanjang program ini berlangsung, banyak ilmu yang aku dapat.alhamdulillah.walaupun tertidur time talk Ketika Alam Bertasbih, tapi alhamdulillah aku dapat belajar sikit2 pada permulaannya.

tapi satu yang tak pasti tentang perasaan aku apabila program itu sudah berlalu.hurm.
perasaan itu tak sama dengan perasaan ketika aku mengendalikan program Explore The Nature.malah aku hanyalah AJK je pun.pelik.

aku rasa sedih sebab program ni dah pun selesai.alhamdulillah sangat2.sebab pengisiannya cukup terisi.
aku selalu ingatkan diri aku, ni program ilmu, kite nak bantu memperingati apa yang dilupa dan supaya tidak melupakan kepada siapa sepatutnya kita rujuk dalam setiap perkara yang berlaku itu.

terima kasih kepada rakan saya yang menganjurkan program ini.kerana pada satu malam meeting BIOSIS, aku berfikirkan idea yang sama dan ingin mengutarakan idea yang sama tapi nampaknya bukan aku sahaja seorang yang berfikir tentang program ini malah kawan saya pun turut sama.kami tidak pernah berbincang tapi idea itu sendiri tertimbul ntah dari mana.

dan aku rasa alhamdulillah, Allah Maha Mendengar, mungkin Allah ingin memberi peluang kepada dia untuk membuat perkara kebaikan ini.terima kasih sahabat.

forum pada malam tersebut rasa sangat singkat.aku berharap agar ia nya boleh dipanjangkan lagi.
subhanallah, ilmu2 mereka luas dan mereka tidak segan berkongsi dan yang paling penting setiap kejadian itu mesti berkaitan dengan Islam dan Al-quran.berbalik semula kepada Allah.

aku berharap program macam ni akan diadakan setiap tahun.sedih tapi gembira kerana program ini berjalan lancar.sahabat2nya juga sangat baik.

ini adalah program terakhir yang aku sertai dan juga memegang jawatan.sebab nak fokus fyp lak.heeee.
sedih.tapi insyaallah pengalaman2 yang saya dapat, saya boleh berkongsi demi penambah baikan pada masa hadapan.mungkin sebab program terakhir jugak aku rasa sedih.
yela lepas ni jarang da jumpa adik2 ni ha.tengok gelagat sorang2 adoi pening kepale den.

ok.insyaallah lepas ni kurang la busy saya dan tidak berhabukla blog saya.muahahahahaah

jazakallah khairan.:)


No comments:

Post a Comment

lots of love