23 October 2014

Recently : 2014

May Allah Bless Us

Assalamualaikum wbt & good days peeps..

kabare kabare??..saya masih waras lagi, alhamdulillah..haha
setelah lama menyepi, tibun-tibun jari-jari ini memanggil-manggil untuk menulis-nulis di blogku yang entah apa-apa ini.
bila baca balik entry yang lepas-lepas, rasa macam "haih mengarutnyalah blog aku.tak ada ibrah langsung.hoho".
itulah dikatakan typing syok sendiri di blog sendiri yang konon-kononnya famous amos sangat.bhahaha.*tampar-tampar muka*

by the way, alhamdulillah sekarang sedang sambung belajar Msc dekat Universiti yang sama time degree.setia sungguh saya dengan U saya.ahak~
menyambung pelajaran pada tahap 2nd level ini bukanlah senang.pernah la beberapa kali uwekkk uwekkk, mengada-ngada macam budak kecik menangis.macam-macam bermain difikiran.
persoalan yang selalu bermain di fikiranku adalah, "betul ke niat aku untuk sambung ke tahap ini?"

dan jawapannya, aku masih kekal berada disini untuk meneruskannya.
pada pengalaman aku setakat ini, menyambung pelajaran dalam bidang penyelidikan ini bukanlah semudah dan seindah yang disangka.
kepada mereka yang merasakan perjalanan itu indah, silalah cubit diri sendiri dan stop berangan seperti itu.muahahaha
dan aku percaya, mereka yang ambil coursework untuk Msc juga bukanlah senang.mereka juga menghadapi pelbagai cabaran terutamanya ada yang terpaksa membuat loan.serta cerita yang sama seperti time fyp dulu.serabut dengan assignment, exam, sampling, proposal, final, presentation.

apabila kita memilih penyelidikan sebagai jalan untuk sambung belajar pada tahap Msc, ada beberapa perkara, bagi saya, kita harus set dalam minda kita:

1. keberanian dalam berkomunikasi bersama pensyarah dan orang atasan.

2. segala kemungkinan yang akan berlaku.sebagai contoh, setelah beberapa kali percubaan eksperimen, semuanya tak boleh pakai.ketika inilah, kita rasa macam nak berhenti belajar dan kahwin lagi senang~~(tipulah kalau aku tak fikir macam ni.kihkih)

3. ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi pelbagai manusia yang macam-macam karenah.ada yang boleh toleransi dan ada yang ikut mood.serta karenah2 yang menyusahkan kerja orang lain.ops~

4. paling penting untuk set dalam minda kita adalah apa yang kita belajar ni kerana Allah swt.setakat sampai U ni, hang pernah tak rasa hang belajaq ni ada tujuan yang sangat jelas didepan yang hang nak capai?

Allah swt telah memberitahu segala-galanya tentang sains dalam Al-quran, kan?.sebagai contoh pembentukan manusia didalam rahim (Surah Al-hajj, 22:5)

apa yang kita belajar sekarang ni, kita boleh kaitkan dengan kebesaran Illahi yang telah menciptakannya dan memberi manfaat kepada kita.segala-galanya kembali semula kepada Allah swt.
sekiranya apa yang kita pelajari hanya sekadar untuk dunia sahaja maka hanya untuk dunia sahajalah yang kita dapat.

aku akui, eksperimen yang aku jalankan sekarang ini amat susah untuk aku dalami dan memahami, kenapa aku belajar semua benda ini?
apa yang aku pelajari sekarang ini kebanyakkannya menggunakan software dan alat-alat yang aku sendiri tidak pernah tahu.
dan aku dapat lihat bagaimana kebergantungan aku terhadap alat-alat tersebut supaya boleh memberi result yang cantik.
serta bagaimana kepercayaan aku terhadap instrument-instrument di makmal dapat memberikan satu keputusan yang berjaya aku telah lakukan.
kesusahan dan kepayahan dalam menjaga ikhtilat itu adalah cabaran yang paling tough untuk aku hadapi.

pernah satu ketika aku terlalu sibuk menyiapkan barang-barang untuk sampling dan masuk lab sehinggakan aku rasa letih dan malas.ketika itu aku rasa kehilangan.namun Dia telah bawakan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat supaya sentiasa mengingatiNya, mengajak aku kembali semula seperti dulu.Allah, syukur.

aku terfikir, alangkah bagus sekiranya kebergantungan dan kepercayaan itu aku letakkan kepada Allah swt.kerana dengan izin Allah lah yang membuatkan instrument-instrument tu berfungsi dengan baik.kerana izin Allah lah hasilnya nanti akan jadi cantik.
aku terlupa sebentar tentang hal itu.

apa yang aku belajar sekarang ini adalah sejenis tumbuhan yang duduk dalam Bikini Bottom dan sedang berusaha untuk mencuri resipi Krabby patty.hohoho

tumbuhan itu adalah fluorescence.yeahh.
ya, ianya tumbuhan.kerana mereka menjalankan photosynthesis.hoho.
apabila aku tahu biodata mereka-mereka ni, aku rasa seperti kagum.benda sekecil-kecil itupun ada function untuk kita.sama juga seperti bacteria, benda2 microscopic.semuanya punya fungsi tersendiri terhadap alam ini.
sememangnya Allah tidak akan jadikan perkara itu sia-sia.

erm nampaknya sudah panjang aku membebel tentang perjalanan hidup aku setakat ini.
banyak pulak rasa nak tulis.ngeh ngeh.nanti bosan pulok ork.
hopefully daripada cerita ini ada satu pengajaran yang dapat dipelajari oleh anda.(ok sekarang saya rasa ramai yang baca blog ni.ngah ngah.perasan itu bagus~~..haha)
so I end up here with Ma'assalamah wa ilalliqa.


No comments:

Post a Comment

lots of love