Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Jiwa Yang Bermujahadah

May Allah Bless Us

Assalamualaikum wbt.

Hati,
Sukar untuk digambarkan,
Sukar untuk dijelaskan,
Sukar untuk diungkapkan.

Apa yang terlintas,
Adakalanya menjadi rahsia,
Adakalanya dijelaskan,
Yang menjadi aib,
Ditutupi oleh Tuhan.

Yang berbeza antara kita,
Hanya lah ujian yang datang,
Tapi punya aqidah yang satu,
Saat kau yakin bahawa Allah membantu.

Saat teruji dengan manusia,
Sedaya upaya kau menegakkan yang benar,
Sedangkan manusia tetap dengan sangkaannya,
Sedangkan kau ingin memperoleh kepercayaannya,
Tapi kau tak mampu,
Untuk mengawal hatinya.

Saat teruji dengan perkara dunia,
Kau rasa kau tidak boleh lepas,
Adakalanya rasa ingin lari,
Jauh,
Jauh sekali,
Namun tidak bermakna jauh,
Kau dapat lari.

Allah Maha Mengetahui,
Allah Maha Halus,
Allah Maha Teliti,
Allah ketahui bahawa kau inginkan kebaikan,
Didatangkan ujian,
Disangka Tuhan tidak mengenal diri ini,
Sedangkan ujian,
Untuk membawa kita kembali kepadaNya.

Allah tahu kau sedang bermujahadah,
Allah tahu kau sedang berperang,
Den…